Friday, June 19, 2009

YDP BAGI CEK KIFAALAH KEPADA WASI BEKAS AKTIVIS


BUKIT SELAR - 18 Jun, YDP PAS Jeli yang juga Penyelia Parlimen Jeli, Hj Mohd Apandi Mohamad telah menyampaikan cek Kifaalah kpd wasi si mati yang juga bekas aktivis PAS di mukim Bukit Selar, Kuala Balah, al-marhum Che Abas bin Deman.

Beliau yang meninggal ketika usia 63 tahun pada 16.06.08 telah menerima manfaat Takaful Kifaalah secara tunai segera sebanyak RM500 pada hari kematian dan cek RM2000 pada hari ini diterima oleh anak beliau, Mohd Azali bin Che Abas, 24, yang tinggal bersama seorang adik dan ibu yang sakit tenat.
Mohd Azali ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek tersebut di rumahnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Hj Apandi di atas sumbangan itu.