Wednesday, July 1, 2009

PRK N.41 MANEK URAI - PAS JELI BERKAMPUNG DI UPU MANEK URAI BARU



Calon Pilihan rakyat - Abe Uji (Mohd Fauzi Abdullah)


Manek Urai - PAS Kawasan Jeli telah berkampung di UPU Manek Urai Baru bermula 11 Jun lagi dalam 4 gelombang. Gelombang 1 - DUN Kuala Balah diketuai Penyelia DUN, Abe Zi (Mohd Fauzi Zakaria), Gelombang 2 - DUN Bukit Bunga diketuai Penyelia DUN, Abe Li (Hj Sufely Ab Razak), Gelombang 3 - DUN Air Lanas diketuai ADUN, Ustaz Abdullah Yaakob dan Gelombang 4 - PAS Kawasan diketuai YDP, Hj Mohamad Apandi Mohamad sendiri.
Kami tinggal di Markas Jeli, sebuah rumah yang disewa khas oleh YDP di Manek Urai Baru, Jalan Emas, (selepas klinik) 2 km dari cabang 3 jalan Kuala Krai - Gua Musang.

Manakala Dewan Muslimat diketuai Ketua DMPKJ, Ustazah Norwati Jusoh tinggal di Kampung Ragu, dalam anggaran 3 km dari markas Kawasan melalui jalan Kuala Krai - Gua Musang, masuk lorong sebelah kanan.

Bermula 2 hari lepas hingga 6hb. Jun ini, maka tamatlah sesi Gelombang 3 dan akan disambung oleh Kumpulan YDP (Gelombang 4) sehingga tamat PRK ini.

Manakala Kumpulan Umno Jeli berpusat di Kampung Perial dan Kumpulan SB Jeli berpusat di Manek Urai Lama.

Friday, June 19, 2009

YDP BAGI CEK KIFAALAH KEPADA WASI BEKAS AKTIVIS


BUKIT SELAR - 18 Jun, YDP PAS Jeli yang juga Penyelia Parlimen Jeli, Hj Mohd Apandi Mohamad telah menyampaikan cek Kifaalah kpd wasi si mati yang juga bekas aktivis PAS di mukim Bukit Selar, Kuala Balah, al-marhum Che Abas bin Deman.

Beliau yang meninggal ketika usia 63 tahun pada 16.06.08 telah menerima manfaat Takaful Kifaalah secara tunai segera sebanyak RM500 pada hari kematian dan cek RM2000 pada hari ini diterima oleh anak beliau, Mohd Azali bin Che Abas, 24, yang tinggal bersama seorang adik dan ibu yang sakit tenat.
Mohd Azali ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek tersebut di rumahnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Hj Apandi di atas sumbangan itu.

Monday, June 15, 2009

YDP PRIHATIN



LUBOK BONGOR
- Ustaz Abd Rahim Muhammad (kiri), Pegawai Khas Penyelia Parlimen Jeli merangkap Yang DiPertua PAS Jeli, Tuan Hj. Mohd Apandi Mohamad menyampaikan sumbangan inisiatif YDP kepada Encik Ramli Mat Jidin yang merupakan warga miskin dan mempunyai 10 orang anak, 8 daripada anak-anaknya masih bersekolah manakala 2 lagi masih kecil. Sumbangan ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan beliau dalam menanggung persekolahan anak-anak.

Thursday, June 11, 2009

Hari Keluarga PAS Cawangan Sungai Long

Lebih 50 kanak-kanak menyertai acara tiup belon

Lebih 20 pasangan suami isteri mengambil bahagian dalam acara Lambung Kasih

Mohd Jamil, 17 menerima hadiah cabutan bertuah daripada En. Fauzi

Sungai Long - Hari Keluarga PAS Cawangan Sungai Long, bertempat di perkarangan Masjid Sungai Long, hampir 500 anak mukim yang hadir dan memberikan kerjasama yang amat baik. Sebanyak 10 permainan dan sukaneka dianjurkan seperti Sepak Bulatan untuk Dewasa dan remaja, mewarna dan tiup belon untuk kanak-kanak, ping pong untuk remaja, mengupas nenas dan tembikai untuk wanita, membuat kuih donut dan karipap untuk remaja wanita dan Lambung Kasih untuk pasangan suami isteri.
Sebanyak 30 cabutan bertuah turut disediakan yang terdiri dari almari pakaian, dapur gas, kipas elektrik, jam meja, jam dinding, barangan plastik dan hamper di samping setiap permainan turut disediakan hadiah no. 1, 2, 3 dan saguhati.
Hadiah disampaikan oleh Encik Fauzi Zakaria, Penyelia DUN Kuala Balah / Ketua Penerangan PAS Jeli.
Menurut imam Mukim Sungai Long, Ustaz Rosman Che Ishak, Program ini insya-Allah akan dijadikan acara tahunan di masjid bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan anak-anak mukim di samping mendekatkan golongan remaja dengan aktiviti masjid.

YDP & TYDP Ziarah Penghulu Mukim Sungai Long

Lata Janggut - Penyelia Parlimen Jeli, Hj. Mohd Apandi Mohamad dan ADUN Air Lanas, Ustaz Hj. Abdullah Yaakob menziarahi Penghulu Mukim Sungai Long, Encik Ab. Gani bin Abdul Wahab yang diserang penyakit kekurangan gula dalam darah.
Menurut Ab. Gani, beliau telah tidak sedarkan diri selama lebih 4 jam pada pagi Ahad lalu kerana isteri beliau tiada di rumah dan anak-anak pula menyangka bahawa beliau sedang tidur. Selepas kepulangan isterinya, barulah mereka menyedari dan bergegas membawa beliau ke hospital.
Beliau masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Jeli dan dinasihatkan berehat secukupnya.
Hj Apandi dan Ust. Abdullah telah sudi menyampaikan sumbangan peribadi masing-masing sempena lawatan / ziarah tersebut.

Liga DUN Kuala Balah - Akhir

KP Jeli, Ustaz Nasir menyampaikan hadiah kepada wakil kumpulan yang menang

Lubok Bongor - Perlawanan Akhir Liga DUN Peringkat DUN Kuala Balah antara Kumpulan Unit Peti Undi (UPU) Lubok Bongor dan UPU Bukit Jering. Bertempat di Padang Awam Lubok Bongor dengan keputusan Bukit Jering 2, Lubok Bongor 1.
Pemain Terbaik, Mohd Safawi bin Rashid (Lubok Bongor), Penjaring Terbanyak, Mohd Azdi Mohd Nasir, (Bukit Jering)
Sebanyak 8 pasukan yang bertanding mengikut UPU dalam DUN Kuala Balah.
Majlis Penutup dan Pembahagian Hadiah disempurnakan oleh Encik Fauzi Zakaria, Penyelia DUN Kuala Balah dan Ustaz Mohd Nasir Yatib, Ketua Dewan Pemuda PAS Jeli.

YAB TG MB menyampaikan Sumbangan Sosial di Air Lanas

YAB Tuan Guru sedang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak mangsa kebakaran.

Nasihat MB kpd mangsa kebakaran & jiran2,

1. Semangat kejiranan & silaturrahim mesti diamalkan dlm masyarakat - sblm sampai bantuan kerajaan, jiran2 dan saudara mara wajib memberikan pertolongan terlebih dahulu, kalau tidak berdosa! Maksud hadis "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran-jirannya"

2. Kata MB, "Sebarang masalah yg timbul di kg, adik beradik yg pertama kena membantu, hubungan silaturrahim kena jaga, diikuti jiran tetangga"

3. 4 kategori penerima bantuan,
i. bantuan sosial kpd fakir miskin & OKU seramai 180 orang berjumlah RM100 seorang
ii. bantuan persekolahan kpd anak2 mangsa kebakaran seramai 30 orang berjumlah RM100 seorang
iii. bantuan kpd mangsa kebakaran seramai 12 keluarga berjumlah RM1000 (satu ribu)
iv. Sumbangan satu set komputer kepada Maahad As-Sabirin Air Lanas

sejumlah lebih RM33,000 berjaya diagihkan kpd rakyat yg memerlukan pada hari ini.

Turut hadir YDP PAS Jeli, Hj Mohd Apandi Mohamad, ADUN Air Lanas, Ust Abdullah Yaakob, Ketua DP Jeli, Ust Mohd Nasir Yatib, Ketua Jajahan Jeli, Ketua Polis Jeli dan pimpinan PAS Kawasan.