Saturday, May 16, 2009

Kursus Imam & Bilal Madrasah/Surau

Sebahagian peserta yang hadir

KURSUS IMAM & BILAL MADRASAH / SURAU PARLIMEN JELI

Pejabat Agama Jeli - Unit Dakwah Halaqat Kawasan Jeli dengan kerjasama Urusan Ulama PAS Kawasan Jeli telah berjaya menganjurkan Kursus Imam & Bilal Madrasah/Surau dalam Parlimen Jeli baru-baru ini.
Kursus ini disertai oleh lebih 100 peserta dari kalangan imam dan bilal surau/madrasah dalam Parlimen Jeli dan dirasmikan oleh Penyelia Parlimen Jeli, Hj Mohd Apandi Mohamad.
Sebanyak 2 Kertas kerja telah berjaya dibentangkan.

Monday, May 11, 2009

KULIAH LCD YAB TUAN GURU DATO MB KELANTAN



LP DPPKJ ANJURKAN KULIAH LCD

JELI - Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jeli (LP DPPKJ) dengan kerjasama Unit IT DUN Kuala Balah dan Unit Dakwah Halaqat Kawasan Jeli telah berjaya menganjurkan Kuliah LCD yang merupakan tayangan Siri Kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato` Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, Kota Bharu setiap pagi Jumaat.

Kuliah mingguan ini telah berjaya disusun di 3 mukim dalam DUN Kuala Balah iaitu di Mukim Lubok Bongor (malam Isnin), Bukit Berangan (malam Selasa) dan Sungai Long (malam Rabu).

Menurut Pegawai Halaqat DUN Kuala Balah, Ustaz Abd. Rahim Muhammad, program dalam bentuk tayangan LCD ini insya-Allah akan diteruskan dan dikembangkan lagi kepada tayangan siri ceramah isu-isu semasa yang akan disusun kepada setiap Unit Peti Undi (UPU) atau mukim dalam DUN Kuala Balah.

Walau bagaimanapun, jika DUN Air Lanas dan Bukit Bunga juga berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini, ia adalah amat dialukan, katanya.

Program di Surau Lubok Bongor semalam mencatat kehadiran lebih kurang 60 orang sahaja memandangkan ia telah tergendala selama 2 minggu sebelum ini kerana Ustaz Abd Rahim tidak dapat hadir.


Saturday, May 9, 2009

YDP BERSAMA UPU KUALA BALAH




GERAK KERJA MINGGUAN YDP BERSAMA SU MTD


Kuala Balah - YDP telah turun berbincang bersama AJK & Ahli dalam UPU Kuala Balah bagi mengetahui masalah dan perancangan masa depan jemaah.

PERWAKILAN DPPKJ

Perwakilan DPPKJ segak di saf Perwakilan Jeli mengikuti ucapan Perasmian mesyuarat

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN

Ketua Pemuda DPPKJ, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir Yatib bersama barisan pimpinan Pemuda Negeri & Kawasan-kawasan.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN


Perdana Resort, PCB - Perwakilan DPPKJ seramai 8 orang mewakili ke Muktamar ke-50 ini

Friday, May 8, 2009

PELANCARAN LIGA DUN




Liga DUN Peringkat Parlimen Jeli dilancarkan secara rasmi oleh YDP PAS Jeli, Tuan Hj Mohd Apandi Mohamad pada malam Himpunan Belia Jeli di Padang Istiadat, Jeli baru-baru ini.




HIMPUNAN BELIA JELI


HIMPUNAN BELIA JELI BERJAYA PIKAT GENERASI MUDA SERTAI PAS

JELI- Dewan Pemuda PAS Kawasan Jeli (DPPKJ) dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Himpunan Belia Jeli bagi menghidupkan kempen 'Jom Sertai PAS' di Padang Istiadat Jeli baru-baru ini.

Program yang bermula jam 9 malam itu dirasmikan oleh Hj. Mohd Apandi Mohamad, Yang DiPertua PAS Kawasan Jeli yang mana dalam masa yang sama beliau turut melancarkan Liga Bolasepak Dewan Undangan Negeri (DUN) peringkat Parlimen Jeli.

Program berbentuk hiburan yang mendidik dan tidak melalaikan ini dimulakan dengan Dikir Barat Sri Kalai, Jen Endoro dan nyanyian oleh Ringgo Arrow yang telah menyerahkan borang keahlian PAS beliau kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri pada majlis pelancaran 'Jom Sertai PAS' peringkat negeri Kelantan, di Kota Bharu sebelum ini.

Ringgo yang sempat menyanyikan lima buah lagu yang bertemakan ketuhanan dan perjuangan termasuk dari lirik Lagu Tema PAS yang telah diubah suai menjadi lebih rancak masih sempat menyeru orang ramai terutama golongan belia supaya sama-sama menyertai PAS sebagaimana beliau.

Program ini telah berjaya mendaftarkan keahlian baru PAS seramai 32 orang.