Monday, May 11, 2009

KULIAH LCD YAB TUAN GURU DATO MB KELANTAN



LP DPPKJ ANJURKAN KULIAH LCD

JELI - Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jeli (LP DPPKJ) dengan kerjasama Unit IT DUN Kuala Balah dan Unit Dakwah Halaqat Kawasan Jeli telah berjaya menganjurkan Kuliah LCD yang merupakan tayangan Siri Kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato` Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, Kota Bharu setiap pagi Jumaat.

Kuliah mingguan ini telah berjaya disusun di 3 mukim dalam DUN Kuala Balah iaitu di Mukim Lubok Bongor (malam Isnin), Bukit Berangan (malam Selasa) dan Sungai Long (malam Rabu).

Menurut Pegawai Halaqat DUN Kuala Balah, Ustaz Abd. Rahim Muhammad, program dalam bentuk tayangan LCD ini insya-Allah akan diteruskan dan dikembangkan lagi kepada tayangan siri ceramah isu-isu semasa yang akan disusun kepada setiap Unit Peti Undi (UPU) atau mukim dalam DUN Kuala Balah.

Walau bagaimanapun, jika DUN Air Lanas dan Bukit Bunga juga berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini, ia adalah amat dialukan, katanya.

Program di Surau Lubok Bongor semalam mencatat kehadiran lebih kurang 60 orang sahaja memandangkan ia telah tergendala selama 2 minggu sebelum ini kerana Ustaz Abd Rahim tidak dapat hadir.