Wednesday, July 1, 2009

PRK N.41 MANEK URAI - PAS JELI BERKAMPUNG DI UPU MANEK URAI BARU



Calon Pilihan rakyat - Abe Uji (Mohd Fauzi Abdullah)


Manek Urai - PAS Kawasan Jeli telah berkampung di UPU Manek Urai Baru bermula 11 Jun lagi dalam 4 gelombang. Gelombang 1 - DUN Kuala Balah diketuai Penyelia DUN, Abe Zi (Mohd Fauzi Zakaria), Gelombang 2 - DUN Bukit Bunga diketuai Penyelia DUN, Abe Li (Hj Sufely Ab Razak), Gelombang 3 - DUN Air Lanas diketuai ADUN, Ustaz Abdullah Yaakob dan Gelombang 4 - PAS Kawasan diketuai YDP, Hj Mohamad Apandi Mohamad sendiri.
Kami tinggal di Markas Jeli, sebuah rumah yang disewa khas oleh YDP di Manek Urai Baru, Jalan Emas, (selepas klinik) 2 km dari cabang 3 jalan Kuala Krai - Gua Musang.

Manakala Dewan Muslimat diketuai Ketua DMPKJ, Ustazah Norwati Jusoh tinggal di Kampung Ragu, dalam anggaran 3 km dari markas Kawasan melalui jalan Kuala Krai - Gua Musang, masuk lorong sebelah kanan.

Bermula 2 hari lepas hingga 6hb. Jun ini, maka tamatlah sesi Gelombang 3 dan akan disambung oleh Kumpulan YDP (Gelombang 4) sehingga tamat PRK ini.

Manakala Kumpulan Umno Jeli berpusat di Kampung Perial dan Kumpulan SB Jeli berpusat di Manek Urai Lama.